Tuesday, November 30, 2010

Apa2 jer...

Lama dh tak melawat blog ni...hehehehe...minggu ni masuk minggu kedua jaga SPM...kena jaga sampai 13 disember nanti...tapi belum balik lg sebab masih duty warden...:) :) :) :) :).....hari ni result PTK kluar..keputusan baik sikit dr yg lepas-Generik: A, Fungsional:B...syukur dgn apa yg ada...hehehe...rasa bosan plak malam ni...tak tau nk mencarut apa lg..chow dulu la...see next time.....

Monday, November 8, 2010

Hujung minggu ku...

hujung minggu lepas amat best...sebab x yah skolah hari sabtu...hehehe...sepatutnya hujung minggu tu dimanfaatkan utk berehat, tapi oleh kerana tak mahu d belenggu kebosanan maka rakan2 telah merancang satu trip ke Brunei...selepas tamat persekolahan hari jumaat kami bertolak ke Miri kira2 jam 3.00 petang...d Miri kami menginap d Imperial Mall...best tol tinggal kat hotel tu...sangat2 selesa..setelah perjalanan yg agak jauh, maka kami mengambil keputusan utk berehat saja malam tu...keesokan nya hari sabtu, setelah bersarapan kami bertolak dari Miri ke Brunei kira2 dlm jam 8.00 pagi...sebelum sampai ke Brunei perlu melalui pemeriksaan kastam dan imigresen d Sungai Tujuh..d mana sebelum tu perlu melalui tol dengan bayaran RM10...kemudian meneruskan perjalanan seterusnya dlm keadaan hujan...sampai d tol kedua, kami mula mengalami masalah kerana tol perlu di bayar dalam dollar Brunei sedangkan kami belum lagi menukar RM ke dollar Brunei..dengan muka kesian 2orang rakan kluar dari kereta dan bertanya pada penjaga tol sama ada boleh menerima RM..dan mereka dimaklumkan boleh tapi kena bayar lebih sikit..bayaran tol untuk kereta ialah 3 dollar brunei..(RM1 = 2.4 dollar Brunei) kemudian kami pun melalui tol dan cuba membayar RM10, tapi pakcik tol sangat baik hati...dia tidak mengambil duit kami tapi membenarkan kami pegi begitu saja...kami mengucapkan terima kasih d samping menghadiahkan senyuman paling manis utk dia...hehehehe...setelah perjalanan hampir 2 jam kami tiba d Bandar Seri Begawan...(jalan main redah je...nasib baik tak sesat....)bandar nya bersih tapi kurang tempat berhibur spt shopping kompleks....(patut la org Brunei shopping ke miri...) bandar nya pun kurang happening...lagi happening d KL...tapi sempat juga kami berposing...(gambar upload kemudian...) kami juga menaiki perahu meninjau perkampungan atas air....bukan saja rumah atas air, malah sekolah pun didirikan atas air...lebih dari satu sekolah plak tu..permandangan dari sungai tu kami hanya dapat melihat bumbung istana je..(kecewa nk tengok lebih dekat...) macam mana agaknya bersekolah atas air ye??? kemudian kami singgah d kedai membeli cenderamata..tu pun atas air jugak...kemudian kembali semula ke Bandar Seri Begawan utk makan tengah hari...kami makan tengah hari d sebuah kedai yg harga air nya semua nya 1 dollar Brunei (tak kira jenis air)....antara menu tgh hari kami ialah nasi ayam penyet dan nasi pecelele (ikan keli) yang stiap satunya berharga 3 dollar Brunei...(makan ikut menu pilihan masing2) selepas makan bersiar2 d shopping kompleks (lupa nama) dan sebelum balik singgah utk minum d coffee bean...maka tamat lah lawatan ke Brunei...hehehe...apa yg saya kagum d Brunei ialah tentang pemandu nya...pemandunya sangat bersopan..bila melihat pejalan kaki hendak melintas maka mereka akan memperlahankan atau memberhentikan kenderaan utk memberi laluan kpd pejalan kaki tak kira dmana sekalipun...berbeza dengan pemandu malaysia yg akan memecut laju bila melihat ada org yg nak melintas...selain itu kereta d Brunei semua nya mewah...Mazda, Mitsubishi, Mercedes, BMW, Porsche dan beberapa lagi jenama mewah yg lain...(Proton jarang kelihatan, klau ada pun kereta dr luar Brunei..)...kemudian, ada satu signboard d jalan raya yg buat kami tertanya2 seketika...signboard nya d tulis : Awas Kenderaan Berpusing Di Hadapan...ingatkan kawasan tersebut ada angin lintang tetapi silap..rupa2 nya signboard tu menyatakan ada U-turn kat hadapan...wlau apa pun pengalaman tersebut amat best...harap2 ada tripke tempat lain lagi d masa akan datang...hehehe...

Friday, October 15, 2010

PTK...

hari ni aku menduduki ujian PTK..yg terakhir sebab semalam PM umumkan ujian tersebut akan dimansuhkan...memang best ujian hari ni...aku siap awal...tepat 1/2 jam selepas exam mula, aku dah kluar....malas nak duduk lama2....hehehehe

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

10.10.10...apa yg istimewa pd hari ni??? sudah semestinya majlis persandingan kayangan angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Mohd Yunos...sungguh grand majlis diaorg....sama cantik sama padan...so sweettttttt....Congratulations to both of them...



Tuesday, September 21, 2010

Tak sabar...

Tak sabar nak habiskan 2 minggu ni....wakawaka....cepat-cepatlah masa berlalu...

Thursday, September 16, 2010

Jokes for the day..

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

Ting Tong...

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Cuti...Ohhh...Cuti...

Cuti..ohhh..cuti....tanpamu aku bosan...adamu pun aku bosan...semuanya serba tak kena...itulah manusia...tak pernah puas dan bersyukur dgn apa yg ada...hehehehe....2 hari lagi sekolah buka...semoga semuanya tampil dgn semangat baru....

Saturday, September 4, 2010

Cutiiiiiiiiiiiiiiii

Cuti datang lagi...memang seronok....pagi tadi balik punya la nervous bila kawan2 kata jalan teruk masa diaorg balik semalam, tambah plak hujan masa tu.....tapi jalan tu memang teruk...nasib baik masa balik td tak hujan, so selamat lah sikit...klau tak, menangis dibuatnya...syukur kerana aku dan keretaku tiada apa2....berjaya aku melalui satu tempat yg sangat teruk td...ingatkan tak dapat lepas, nasib baik berjaya melepasinya...tapi dgn penuh hati2...anyway, selamat hari raya kepada kawan2 yg menyambutnya (walaupun hanya kawan tertentu je yg boleh baca blog ni...hehehehehe) ...ampunkan segala silap dan salah yg pernah sy lakukan...selamat bercuti...jumpa lagi selepas abis cuti....

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka

Pagi ni ikut konvoi SMAC...rasa best sgt sebab first time join xtvt ni....menghilangkan sekejap perasaan sedih...tapi mengapa mesti aku rasa sedih jika memang aku tak diperlukan lagi...mengapa mesti aku rasa kecewa jika memang aku tak berguna lagi...lupakan saja lah....memang begitu lah kenyataannya...bila susah diperlukan, bila senang dibuang...


Kereta ku sebelum pergi konvoi...

Monday, August 30, 2010

Damn...

Hari yg amat terkilan....bila melihat org yg berlagak dan lupa diri....berlagak sebab dh makin glamour....dh makin ramai kawan....dulu disumpah org setiap hari, sekarang dipuja dan dipuji setiap masa....mula lah lupa diri....TAHNIAH......

Sunday, August 29, 2010

My Favourite Song

Lirik Hanya Kerana Cinta – Hafiz, Aril, Ayu, Anne & Tini Hot FM

Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah

Saturday, August 28, 2010

Resepi Ayam Goren Tak Kunjung Tiba..

Resepi kita hari nie ialah
AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA

Bahan-bahan nya ialah:
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen(ada ker?)
-kicap jalen(hah yg nie mmg ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus
-lagi korang tanya lah kat mak anda..

Ok cara-caranya plak;

Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.Kalau tok imam sibuk ajk masjid pun boleh juga dan bukannya Ah Chong yg buka kedai repair basikal belakang rumah anda.

Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.Selepas melakukan senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan yg betul untuk mengelakkan org di taman usung anda balik rumah sebab kaki anda krem.

Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.

Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.

Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.Jangan tabur macam nak tepung tawar mempelai bersanding pulak.Macam orang kahwin nanti jadinya.

Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.

Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.

Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bil-bila.Tapi tak janji tau..kekekeke

MENU INI DI TAJA OLEH MINYAK MASAK CAP ROKIAH DAN SUAMINYA.
“SUNGGUH MURNI MACAM CIKGU SRI MURNI”

Pantun...

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Kisah yg biasa didengar...

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Tuesday, August 24, 2010

25082010

Lega...akhir nya pagi ni berjaya mendeklamasikan sajak wlaupun sebelum nya cuaca mendung dan angin kuat....sebelum tu nervous rasa mcm nak putus urat jantung...but, the moment i stand in front of the microphone, my feeling is gone...rasa mcm konfiden plak, wlaupun tak tau betul ke tidak cara aku mendeklamasikan sajak tersebut...apa2 pun yg penting aku dapat pengalaman baru...pengalaman yg tak akan aku perolehi jika aku tak mencuba....tahniah kpd diriku kerana berani mencuba wlaupun tak tahu apa2...tahniah juga kpd partner ku Sim KC...hehehe

24082010

Hari ni menjenguk kembali ke my blog...Syukur kpd Tuhan kerana keadaan kembali seperti biasa...awan mendung telah berarak...hahahahaha...mcm tak pecaya jer aku boleh menangis...kahkahkahkahkah.....apa2 pun aku berdebar menunggu esok hari...esok merupakan kali pertama dalam hidup ku mendeklamasikan sajak....nasib baik berpasangan...klau sorang2 mau nye aku bergegar sebab nervous...hahahaha...anyway, gud luck to myself and my partner Sim KC....Do The Best....

Sunday, August 22, 2010

Sedih..

Kenapa lah aku rasa sedih sangat ni??? kenapa????????????????????????????????

23082010

Hari ni hari isnin....wlaupun tak banyak kelas, tapi tetap takde mood...ntah kenapa....takde semangat betul....macam2 perasaan ada...MENYAMPAH.........aduhai perasaan, sudah2 lah tu.....:-(

Friday, August 20, 2010

Catatan 21082010



Kacang lupakan kulit....Jangan jadi kacang lupakan kulit....Dah jumpa yang lebih baik, lupakan yang sebelumnya...Dah ada yg baru, berlagak la plak....Kawan aku cakap, talam bermuka-muka...Memang ramai kacang lupakan kulit dan muka talam di dunia ni...Mentang2 keadaan sudah berubah sekarang...Dulu dibenci, sekarang dh jadi rebutan ramai...mulalah lupa diri... tambah lagi bila makin ramai yg membodek dan mengampu makinlah lupa diri...(Peringatan utk diri sendiri supaya tak lupa diri)

Sunday, August 15, 2010

Ahad (15082010)

Minggu ni xde yg special...mcm biasa je...masa terluang dipenuhkan dgn xtvt tidurrrr.....hehehehe....petang gi main badminton.....pastu layan Hot FM radio @ online...isnin tak banyak klas....yahooooo.....malam ni makan kangkung n sambal belacan....anyway, selamat berpuasa kepada yang berpuasa.....chowwww...


Sambal belacan (sedap tak sedap...belasah jer....hehehe)



Ulam kangkung...



Thursday, August 12, 2010

Jumaat...

x sabar nak habis kan minggu ni...hujung minggu duduk rumah je...nak kluar, kawan2 semua nya berpuasa.....klau ada peluang nk main badminton...seronok skit dapat bersukan konon2....tp lagi seronok klau main ramai2...hehehe...

Tuesday, August 10, 2010

BODOH...

BODOH....BANGGANG....SEMUA NYA NAK MEMBUATKAN AKU MARAH...ADA SAJA YG MENIMBULKAN KEMARAHAN......CELAKA.....PEGI MAMPUS LA SEMUA...

MARAH...

CELAKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA......

BANGSAT...

BANGSAT...CELAKA...SIAL.....HIPOKRIT.....CELAKAAAAAAAAAAAAAAA

SIAL....

CELAKA.....KEMARAHAN SEMALAM MASIH LAGI ADA..SIAL.....CELAKA....SIAL.....BANGSAT....PEGI MAMPUS LA HIPOKRIT.....

CELAKA...

AKU MEMANG TAK PUAS HATI....BANGSAT BETUL MANUSIA YG BUAT AKU TAK PUAS HATI DAN MARAH NI.....TAK TAU APA NAK CAKAP LAGI, TAPI AKU MEMANG MARAH SANGAT.....SAMPAI SEKARANG PUN MASIH MARAH.....CELAKA BETUL....ROSAK MOOD BAIK AKU....SIALLLLLLL......CELAKAAAAAAAAAAAA.......MAMPUS LA........

10082010(cont)

BANGSAT.....CELAKA.....SIAL......PEGI MAMPUS......RASA NAK DIPECAHKAN MUKA ORANG YG MENGGANGGU HIDUP DAN MOOD AKU.....BANGKAI BETUL.....SEMUA MANUSIA DI SEKELILING NI HIPOKRIT.....CELAKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Monday, August 9, 2010

10082010

HARI NI SEMUA NYA MENDATANGKAN MARAH..........SIAL + CELAKA.....

Saturday, August 7, 2010

Minggu yg sibuk..

Minggu ni adalah minggu yg sungguh menyibukkan....siang hari ada sukan tahunan sekolah, malam plak kena masukkan markah kerja kursus yg penuh dgn dugaan dan cabaran...terpaksa stay sampai malam utk menyiapkan.....memang meletihkan tapi byk perkara yg boleh dipelajari...terima kasih tak terhingga kepada Kak Ti kerana sentiasa membantu dan sentiasa bersama saya setiap kali saya menghadapi masalah dalam mengisi data2 berkaitan PMR...yg paling best, x boleh online sehingga kerja siap...hahaha...apa2 pun bersedia utk mengisi markah trial plak...harap2 xde masalah....


Gambar ni semasa main bowling di Sibu...

Tuesday, July 27, 2010

Tiba-tiba Terlintas Di Fikiran....

Semasa sedang berangan malam ni, aku tertarik ngan satu ayat ni, "I DON'T HAVE TO BE SOMEONE BUT I HAVE TO BE MYSELF...." harus ayat ni dijadikan pegangan...hahahaha

Sunday, July 25, 2010

MARAHHHHHHHHHHHHHHHHH

TAK TAU APA NAK CAKAP...TAPI YANG PASTI AKU MEMANG MARAH SANGAT NI......CELAKAAAAAAAAAAAAA

Sunday, July 18, 2010

Hujung Minggu

Hujung minggu ni takde aktiviti sangat... Aku hanya tersadai di dalam bilik...hehehe...Azam aku hujung minggu ni siapkan RPH dan soalan percubaan...semoga tercapai hendak nyer... Ingatkan boleh balik kampung, tp ada LDP plak pada petang Jumaat tambah ngan BBQ di sebelah malam nya..Minggu depan plak ada sekolah ganti...Rindu rasa nya nak balik kampung sebab nak main ngan anak buah....lama dah tak usik dia....hehehe..

Ni lah anak buah kesayangan...Gambar ni d ambil sms cuti bulan Jun lepas...


Thursday, July 15, 2010

Tuesday, July 13, 2010

Minggu ni...

Mcm dh lama rasa x menulis kat sini...mlm ni terpikir nk mencatat apa yg berlaku sms minggu ni...bermula dgn pagi sabtu (10/7/2010), sms minggu teknik & vokasional aku join pertandingan memasak dgn bdk 5 ter...nama group kitaorg Terbaek Wok....antara menu masakan kami ialah ikan kukus ladies, sayur goreng slumber, sambal extravaganza, ulaman, nanas sbg pencuci mulut n jus carrot susu (nama mcm gempak, tapi......hehehe) ...hahahaha..suka2 nk join wlaupun sedar diri bukan pandai mana pun memasak...yg penting happy...satu kelainan group kitaorg dr group lain ialah cara menghidang..group lain hidang makanan atas meja, tp group kitaorg hidang atas lantai beralaskan tikar getah yg aku rembat dr pejabat guru...hiasan bunga yg diguna pun aku ambik dr pejabat guru..(lepas pertandingan aku pulangkan balik..hehehe)

Ni lah hidangan menu group Terbaek Wok



Ahli group...(aku xde dlm gambar sebab aku yg ambik gambar ni)

Di sebelah malam plak merupakan malam penutup gerkorama...agak bosan aku ngan pertandingan menyanyi tp terhibur dgn pertandingan tarian... menjelang pagi kira2 dlm kol 2 ada fire drill...dah lah letih seharian, baru jer budak2 asrama nk melelapkn mata dh dikejutkan dgn bunyi siren...ingatkn budak2 ni x nak bgn..diaorg buat bodoh jer dgr bunyi siren...ketua warden cakap, budak2 ni nak boikot fire drill kot...stelah dijerit, baru lah nampak pintu bilik terbuka dan pelajar mula kluar...tp masih dlm keadaan slumber, diaorg sempat bertenggek di koridor sblum turun berkumpul d pdg hoki...blk dr fire drill x dpt tdo, aku terus tgk world cup pertarungan antara jerman ngan uruguay....lps abis tgk bola br aku tdo..kol 8 lebih pagi ahad br aku terbangun...hehehe...



Pelajar perempuan berbaris sms fire drill..(ambik gambar kaki jer)

Masuk isnin, mood aku x berapa baik...rasa nak marah, geram dan segala2 nya...x patut btul...aku cuba utk cool....semoga segala nya ok dan seperti biasa....

Hari selasa berjln seperti biasa...petang ada fogging d asrama..tp kerja menyembur berjln dalam kol 6...malas nk tunggu, aku blk rumah..tapi x naik rumah...terus ke pdg petanque utk bermain petanque bersama kak timah n kak ani.....


Permandangan dari padang petanque

Esok Rabu, semoga semuanya berjalan dgn baik dan kembali normal....wachaaa..

Tuesday, July 6, 2010

Apa-apa je...

Ada buku catatan Hot FM ngan tangan TM..hahahaha


Minat sangat kat Fara Fauzana...Cute...Cian dia demam masa ni..apa2 pun Fara Fauzana mmg sporting...


Di Serikin


Ngajat lesung


My warriors..hehehe


Mandiiiiiiiii......


Aksi terjun


Kat Waterfront


Seksi nyer gambar kat blakang tu...


Fuyooo...ada bakat la...


Antara persembahan di Kpg Budaya


Semasa di Kpg Budaya (Rumah Cina)


Hidangan makan tgh hari...nasi ayam penyet..


Sempat pegi oversea....comel tol budak2 tu...


Mandi manda di Sungai Rayu, Matang


Hero semasa zaman kanak-kanak



















Sunday, July 4, 2010

Back To Normal


Hari ni turun sekolah mcm biasa...hari plak hujan pagi tadi, malas nyerrr nak bangun... kembali bertugas selepas 4 hari bercuti....hehehehe.... nasib baik tak banyak kelas hari ni....siapkan apa yg patut disiapkan...

Alkisah....





Stelah 10 jam mengharungi perjalanan akhir nya sampai kembali ke Oya....Letih tapi menyeronokkan...4 hari bercuti ke Kuching best sangat2...penuh dgn kenangan dan peristiwa yg tak dpt dilupakan...tapi yg paling best dapat bersalam n bergambar dgn Fara Fauzana sms Mini Jam Hot FM...comel sgt Fara Fauzana....tp syg tak dapat signature dia.....hurmmmm...cuma dapat signature Tomok, Tinie, AG n Ikhwan@Bong....best gak dpt jumpa artis ni...xtvt yg lain pun best gak, tapi yg ni paling best....hehehehe

Friday, July 2, 2010

Aktiviti Cuti...(1 - 4 Julai 2010)

Dengan diumumkan ada nya cuti kecemasan sempena xde air, aku n d geng buat lawatan sambil berbelanja ke Kuching...seronok gilerrrrr....mandi di sungai, mandi d pantai, jumpa krew Hot FM, gi Kpg Budaya, gi Serikin dsb nya...ok lah x boleh nk tulis pjg, jadual busy sgt...apa2 pun detail aku ceritakan balik nanti...gambar2 pun akan aku uploadkan nanti....heheheh...bubye....

Tuesday, June 29, 2010

Cuti Mode...


Pagi td diumumkan cuti kecemasan sbb xde air....apa2 pun kena ganti kemudian....tp xpe la, yg penting boleh bercuti....kahkahkah....aku n the geng asal nye plan nk melancong ke kapit....bkn main lg kitaorg punya plan, last2 masa mkn tgh hari td duk kat kantin tetiba nk tukar plan plak.....nak gi kuching la plak....pas tu tanya ahli group yg lain, smua setuju nk gi kuching, so diabaikan la plan nk ke kapit....pikir2 best lg gi kuching, byk tempat blh pegi...tp kesian ngan member sorang ni, dia x leh pegi coz ada tugas d skolah....bkn rezeki dia la tu...ciannnnnnn......apa2 pun moga trip ke kuching ni berjln dgn jaya nya.....aku tgh packing pakaian ni sebenar nya, tp sempat plak aku nk menulis dlm blog ni....hehehehe...ok lah, klau ada citer best nanti aku tulis lagi...hehehe

Ntah apa2....

Pagi ni waktu ke 3&4 masuk klas 5G....kol 9.20am aku bg tau student, kita sambung minggu depan...student melihat aku dengan penuh tanda tanya n konpius kenapa tetiba aku tamatkn klas awal..diaorg pun cakap, cikgu blum abis masa lagi...aku pun tanya diaorg, kol brapa masa tamat? kol 9.40 la cikgu..lahhhh..ada 20 minit lagi rupanya....diaorg pun gelak...sorang student tu cakap, cikgu x sabar nak rehat ye....yg lain pun jwb, cikgu tgh binggung pikir pasal xde air....hahahaha...Lepas rehat, masuk plak klas 5T...tgh2 aku tunggu diaorg abis salin nota, tiba2 ada student cakap, cikgu x pernah marah klas kami pun.....pas tu kawan dia pun menyampuk, kat asrama pun cikgu x pernah marah....hahahahahaha....aku mcm x pecaya je...aku hanya mampu senyum je......itu lah crita aku utk hari ni.....

Catatan Untuk Hari Ini...

Hari ni dapat banyak hadiah hamper...dapat hamper utk tempat pertama pertandingan petanque dan sukaneka Hari Guru...hadiah hamper aku share ngan kawan2...klau aku makan sorang kompem x habis....hehehehe.....tgh hari plak aku blajar mencantikkan blog aku ni..kahkahkahkah...seronok aku tgk blog ni terutamanya slide show orchids kat tepi tu...hehehe...tq kak ti atas tunjuk ajar...tunjuk ajarku sifu (mcm program mentor kat tv3)...lain kali ajar lagi ye....blk skolah spt biasa hobi aku tdo petang....bgn tdo mesinkan baju sbb takut xde air besok...bosan la plak mlm ni...cta tv xde yg best..nk tgk team favourite aku Japan main bola lwn paraguay, astro aku xde channel sport...tapi aku gi kat website FIFA coz nk tau score diaorg...harap2 Japan leh menang....at least ada wakil Asia dlm World Cup ni...nasib baik la ada org bersms ngan aku, so x ler boring sgt...hehehehe.....

Sunday, June 27, 2010

Ermmmmmm...

Mcm xde mood je ari ni..x tau kenapa? huhhhhhhhhhhhh

Saturday, June 26, 2010

Aktiviti hari sabtu (27 Jun 2010)












Hari ni menghadiri jamuan sempena Hari Guru...Memang best sangat...makanan pun not bad...duduk plak semeja ngan kawan2 yg giler2....gelak je sepjg majlis....tamat je majlis bergambar sekitar Kingwood Resort....Dlm byk2 gambar yg diambil masa tu, gambar ni aku paling suka....sebab kat sini kitaorg semua macam boleh terbang....alangkah best nya klau betul2 boleh terbang...boleh pegi mana2 saja yang aku suka.....hehehehe....

Friday, June 25, 2010

Yesssss.....

Yesssss...akhir nya blog aku siap....tima kasih kak ti (bukan nama sebenar) kerana memperkenalkan "permainan" blog ni kpd saya...(betul ke ayat aku ni..hehehehe)....blog ni best skit dr fb...lebih privacy klau post something...hanya org yg tau blog kita saja boleh baca...ala2 diari pun ada gak blog ni....