Tuesday, November 30, 2010

Apa2 jer...

Lama dh tak melawat blog ni...hehehehe...minggu ni masuk minggu kedua jaga SPM...kena jaga sampai 13 disember nanti...tapi belum balik lg sebab masih duty warden...:) :) :) :) :).....hari ni result PTK kluar..keputusan baik sikit dr yg lepas-Generik: A, Fungsional:B...syukur dgn apa yg ada...hehehe...rasa bosan plak malam ni...tak tau nk mencarut apa lg..chow dulu la...see next time.....

Monday, November 8, 2010

Hujung minggu ku...

hujung minggu lepas amat best...sebab x yah skolah hari sabtu...hehehe...sepatutnya hujung minggu tu dimanfaatkan utk berehat, tapi oleh kerana tak mahu d belenggu kebosanan maka rakan2 telah merancang satu trip ke Brunei...selepas tamat persekolahan hari jumaat kami bertolak ke Miri kira2 jam 3.00 petang...d Miri kami menginap d Imperial Mall...best tol tinggal kat hotel tu...sangat2 selesa..setelah perjalanan yg agak jauh, maka kami mengambil keputusan utk berehat saja malam tu...keesokan nya hari sabtu, setelah bersarapan kami bertolak dari Miri ke Brunei kira2 dlm jam 8.00 pagi...sebelum sampai ke Brunei perlu melalui pemeriksaan kastam dan imigresen d Sungai Tujuh..d mana sebelum tu perlu melalui tol dengan bayaran RM10...kemudian meneruskan perjalanan seterusnya dlm keadaan hujan...sampai d tol kedua, kami mula mengalami masalah kerana tol perlu di bayar dalam dollar Brunei sedangkan kami belum lagi menukar RM ke dollar Brunei..dengan muka kesian 2orang rakan kluar dari kereta dan bertanya pada penjaga tol sama ada boleh menerima RM..dan mereka dimaklumkan boleh tapi kena bayar lebih sikit..bayaran tol untuk kereta ialah 3 dollar brunei..(RM1 = 2.4 dollar Brunei) kemudian kami pun melalui tol dan cuba membayar RM10, tapi pakcik tol sangat baik hati...dia tidak mengambil duit kami tapi membenarkan kami pegi begitu saja...kami mengucapkan terima kasih d samping menghadiahkan senyuman paling manis utk dia...hehehehe...setelah perjalanan hampir 2 jam kami tiba d Bandar Seri Begawan...(jalan main redah je...nasib baik tak sesat....)bandar nya bersih tapi kurang tempat berhibur spt shopping kompleks....(patut la org Brunei shopping ke miri...) bandar nya pun kurang happening...lagi happening d KL...tapi sempat juga kami berposing...(gambar upload kemudian...) kami juga menaiki perahu meninjau perkampungan atas air....bukan saja rumah atas air, malah sekolah pun didirikan atas air...lebih dari satu sekolah plak tu..permandangan dari sungai tu kami hanya dapat melihat bumbung istana je..(kecewa nk tengok lebih dekat...) macam mana agaknya bersekolah atas air ye??? kemudian kami singgah d kedai membeli cenderamata..tu pun atas air jugak...kemudian kembali semula ke Bandar Seri Begawan utk makan tengah hari...kami makan tengah hari d sebuah kedai yg harga air nya semua nya 1 dollar Brunei (tak kira jenis air)....antara menu tgh hari kami ialah nasi ayam penyet dan nasi pecelele (ikan keli) yang stiap satunya berharga 3 dollar Brunei...(makan ikut menu pilihan masing2) selepas makan bersiar2 d shopping kompleks (lupa nama) dan sebelum balik singgah utk minum d coffee bean...maka tamat lah lawatan ke Brunei...hehehe...apa yg saya kagum d Brunei ialah tentang pemandu nya...pemandunya sangat bersopan..bila melihat pejalan kaki hendak melintas maka mereka akan memperlahankan atau memberhentikan kenderaan utk memberi laluan kpd pejalan kaki tak kira dmana sekalipun...berbeza dengan pemandu malaysia yg akan memecut laju bila melihat ada org yg nak melintas...selain itu kereta d Brunei semua nya mewah...Mazda, Mitsubishi, Mercedes, BMW, Porsche dan beberapa lagi jenama mewah yg lain...(Proton jarang kelihatan, klau ada pun kereta dr luar Brunei..)...kemudian, ada satu signboard d jalan raya yg buat kami tertanya2 seketika...signboard nya d tulis : Awas Kenderaan Berpusing Di Hadapan...ingatkan kawasan tersebut ada angin lintang tetapi silap..rupa2 nya signboard tu menyatakan ada U-turn kat hadapan...wlau apa pun pengalaman tersebut amat best...harap2 ada tripke tempat lain lagi d masa akan datang...hehehe...